Friday, 20 May 2011

After 2 months.

Aku lupa aku ada blog ni. Busy dengan hal-hal duniawi. Sekarang, dah rilek.

Tau tak, bila kita asyik fikir negative, semua akan jadi negative. Bila fikir yang positif sahaja, akan jadi negative.

Ok, aku nak cakap itu sahaja. Kalau rajin aku update lagi. Banyak benda aku nak muntahkan kat sini.

Sunday, 13 March 2011

seratus kali kebaikan vs sekali "kejahatan".

Negative thinker.

Bila si A tu sebelum ni kau tengok dia buat baik semedang, baik dengan ko, langsung tak buat benda yang menyakitkan hati kau.

One day, salah faham happened. Dan kau anggap dialah yang jahat, kau cakap dia macam macam. Sampai kau lupa benda lain. Dan budak-budak lain pun ikot je cakap kau, dengar dari your side je. Dan dia pun dibenci. Hilang kawan kawan.

Adil?

Bila kau berada di tempat that person.Apa yang patut kau buat?

Masih ada lagi yang memahami. I'm so glad.
Masih ada Allah untuk bergantung, memohon ampun, muhasabah diri sebagainya.
Semua ini ada hikmahnya.
Redha.

Berlawak pun ada batasnya der..

Tengok rumah jiran terbakar. Rugi banyak. Ada family yang meninggal.

Dalam hati, 

"Huh, nasib baik bukan rumah aku yang kena."

Jiran tu minat sangat tengok cerita pokemon. Lepastu kau update kat facebook.

"Tu la, suka sangat tengok cerita pokemon, kan rumah tu dah kena shock pikachu.."


Pi...ka... chuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
ZzZzZzZ

Same thing happens to Japan. Dorang kena ujian yang besar tuhan bagi. Tapi di negara sini, siap men-troll kan lagi benda benda tu. Apa kau ingat ni cerita Ultraman yang kau orang tengok time kecik kecik dulu?

Tak lawak. Benda-benda macam ni tak lawak. Mak kau mati, orang buat lawak. Apa perasaan kau? Sensitif la sikit.

Aku ada lepak kat satu page facebook yang kira glemer la jugak. Hari-hari buat troll tak kira admin ataupun fan kat situ. Tapi when it comes to membuat troll pasal ni, memang meluat jugak.


Tengah risau pasal Maria Ozawa. Not funny at all. Dan kosmo siap buat news pasal Maria Ozawa selamat so peminat-peminat tak payah risau. Tapi ada media mengecam kerajaan Jepun lembab buat kerja. Padahal yang pening kepala sekarang ni, dorang punya government, yang handle nuklear and all Japanese people yang merasa impak dia macam mana.

Apasal tak update news pasal keadaan dorang pulak? Engineer, scientist, technologist, government yang berusaha naikkan kemajuan Jepun sehingga maju seperti sekarang?


Aku nak cakap yang buat troll pasal Maria Ozawa tu pervert boleh? Pervert yang boleh merencatkan kepala hotak dia sendiri.


Hidup ni bukan nya drama Hotel Mania. Bukannya filem Razak Mohaideen mahupun Senario the Movie. Tapi apa yang aku tengok slaptik pun lawak Senario, by the way, ada part sedih pun tak ada buat troll gila-gila macam tu. Even lawak, message sampai.

Tapi bila Allah dah turunkan bencana, ada yang masih tak ambil iktibar dan message apa yang Allah bagi.

Bila Malaysia pulak yang kena bencana nanti, nak bergurau pasal apa? Cicakman? KAPOWW!?

Saturday, 12 March 2011

Wanita tak seharusnya terlalu bergantung dengan lelaki.

Bila di saat-saat dah nak habis study, soalan yang berada di benak minda ni ialah nak carik kerja. Nak carik duit. Sama ada lelaki mahupun perempuan. Dan bila fikir pasal ni, ada sesetengah perempuan yang malas nak fikir sangat sebab rasanya nanti ada hubby yang sara hidup dorang. Lagi-lagi kalau dah nak plan nak kahwin. Then, carik laki kaya. VIP. Anak datuk. Materialistik.

Dan bila ada hubby, ada suami, tahap kebergantungan terhadap hubby tu terlalu tinggi. Bayar bil  telefon rumah eletrik, suami yang setelkan. Pam tayar kereta, servis kereta, ambik anak dari nursery dan macam macam. Sampaikan ada yang tak ambik tau langsung pasal tu. Ada yang tak nak memandu sendiri walaupun ada kereta dan lesen sendiri, sebab suami boleh hantar and fetch dari kerja.

Just be realistik. Fikir jauh sikit. Seloving mana pun suami isteri, sepenyayang mana pun seorang couple tu, takdir Allah di masa akan datang sapa yang tau. Kita hanya merancang semua tu. Kematian. Cerai berai (yang ni memang mintak simpanglah). Setinggi tingkat mana pun bisnes suami anda, kadang kadang hidup ini macam roda. Bila rasa terlalu selesa, memang tak ada persediaan nak menghadapi segala musibah di kemudian hari.

Ini berlaku. Bila seorang suami terlalu baik dengan isteri. That's good. Tapi bila terlalu manjakan isteri sampaikan isteri tak perlu ambik tau hal-hal yang suami buat seperti apa yang aku cakap tadi. Dan si suami meninggal mengejut akibat sakit jantung. Anak-anak kecil lagi. Dan si isteri memang mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan, dan mulakan hidup yang baru. Si isteri tak reti memandu sebab sebelum ni dia kerja sama dengan suami dia, so pergi kerja sama, balik kerja pun sama. apa lagi nak uruskan benda benda lain. Nasib baik si isteri bekerja. Kalau tak?

Apa-apa pun bersedialah. Lelaki ke perempuan ke, bersedia menerima suatu musibah dan ujian yang Allah bagi kat kita. Masa masih single ni, belajar untuk berdikari. Itu yang penting. Berdiri di atas kaki sendiri. 

Itulah sebab banyak kes meroyan bila the other half hilang dari hidup secara sekelip mata. Yup, bukan senang nak terima kehilangan. Bukan mudah nak melepaskan apa yang dah jadi darah daging kita begitu sahaja. Tapi kita di dunia ni hidup dengan penuh pancaroba. Bukan berasa di zone selesa setiap masa.




Bermulanya cacing dan kuman

Blog ini hanya untuk menulis. Sebab aku suka menulis apa yang aku tak puas hati, pendapat aku, suggestion aku tentang dunia dan realiti zaman ini. hahahaha.

Cacing dan Kuman. Kenapa aku menulis menggunakan nama ini? Sebenarnya bergantung dengan penerimaan dan pemikiran seseorang itu sendiri. Adakah dia melihat sesuatu perkara itu dengan positif? Ataupun negatif?

Kadang-kadang bila seseorang itu memberi suatu pendapat yang baik, atau kritikan membina, ataupun sarkastik mana pun teguran, kalau tidak boleh menerima, ia dianggap kuman dan cacing yang merbahaya. Tapi bila diambil secara positif, selidiki baik baik, kuman dan cacing pun ada kebaikannya.

Got my point here?

Tak perlu kau tau siapa aku. Aku hanyalah seorang rakyat Malaysia, yang masih belajar mengenali realiti kehidupan ini. Sebab apa yang kita belajar mengenai kehidupan dan realiti ini tidak akan dapat dipelajari di kelas mahupun di mana mana. Tetapi gabungan daripada apa yang kita hadapi sepanjang hidup, dan apa yang kita gali daripada sekeliling.

Just panggil aku WG. Singkatan Worm and Germ. Mungkin aku adalah sesiapa sahaja di kalangan kamu. Di kalangan blogger yang kau kenali. Tapi, tak perlu tau aku siapa.

Dan di blog ini aku akan memperbaiki pemikiran aku, cara aku berfikir dan juga satu, cara penulisan. Dan satu lagi, tegur aku kalau aku silap.