Saturday, 12 March 2011

Bermulanya cacing dan kuman

Blog ini hanya untuk menulis. Sebab aku suka menulis apa yang aku tak puas hati, pendapat aku, suggestion aku tentang dunia dan realiti zaman ini. hahahaha.

Cacing dan Kuman. Kenapa aku menulis menggunakan nama ini? Sebenarnya bergantung dengan penerimaan dan pemikiran seseorang itu sendiri. Adakah dia melihat sesuatu perkara itu dengan positif? Ataupun negatif?

Kadang-kadang bila seseorang itu memberi suatu pendapat yang baik, atau kritikan membina, ataupun sarkastik mana pun teguran, kalau tidak boleh menerima, ia dianggap kuman dan cacing yang merbahaya. Tapi bila diambil secara positif, selidiki baik baik, kuman dan cacing pun ada kebaikannya.

Got my point here?

Tak perlu kau tau siapa aku. Aku hanyalah seorang rakyat Malaysia, yang masih belajar mengenali realiti kehidupan ini. Sebab apa yang kita belajar mengenai kehidupan dan realiti ini tidak akan dapat dipelajari di kelas mahupun di mana mana. Tetapi gabungan daripada apa yang kita hadapi sepanjang hidup, dan apa yang kita gali daripada sekeliling.

Just panggil aku WG. Singkatan Worm and Germ. Mungkin aku adalah sesiapa sahaja di kalangan kamu. Di kalangan blogger yang kau kenali. Tapi, tak perlu tau aku siapa.

Dan di blog ini aku akan memperbaiki pemikiran aku, cara aku berfikir dan juga satu, cara penulisan. Dan satu lagi, tegur aku kalau aku silap.

No comments: