Bila di saat-saat dah nak habis study, soalan yang berada di benak minda ni ialah nak carik kerja. Nak carik duit. Sama ada lelaki mahupun perempuan. Dan bila fikir pasal ni, ada sesetengah perempuan yang malas nak fikir sangat sebab rasanya nanti ada hubby yang sara hidup dorang. Lagi-lagi kalau dah nak plan nak kahwin. Then, carik laki kaya. VIP. Anak datuk. Materialistik.
Dan bila ada hubby, ada suami, tahap kebergantungan terhadap hubby tu terlalu tinggi. Bayar bil telefon rumah eletrik, suami yang setelkan. Pam tayar kereta, servis kereta, ambik anak dari nursery dan macam macam. Sampaikan ada yang tak ambik tau langsung pasal tu. Ada yang tak nak memandu sendiri walaupun ada kereta dan lesen sendiri, sebab suami boleh hantar and fetch dari kerja.
Just be realistik. Fikir jauh sikit. Seloving mana pun suami isteri, sepenyayang mana pun seorang couple tu, takdir Allah di masa akan datang sapa yang tau. Kita hanya merancang semua tu. Kematian. Cerai berai (yang ni memang mintak simpanglah). Setinggi tingkat mana pun bisnes suami anda, kadang kadang hidup ini macam roda. Bila rasa terlalu selesa, memang tak ada persediaan nak menghadapi segala musibah di kemudian hari.
Ini berlaku. Bila seorang suami terlalu baik dengan isteri. That's good. Tapi bila terlalu manjakan isteri sampaikan isteri tak perlu ambik tau hal-hal yang suami buat seperti apa yang aku cakap tadi. Dan si suami meninggal mengejut akibat sakit jantung. Anak-anak kecil lagi. Dan si isteri memang mengambil masa yang lama untuk menerima kenyataan, dan mulakan hidup yang baru. Si isteri tak reti memandu sebab sebelum ni dia kerja sama dengan suami dia, so pergi kerja sama, balik kerja pun sama. apa lagi nak uruskan benda benda lain. Nasib baik si isteri bekerja. Kalau tak?
Apa-apa pun bersedialah. Lelaki ke perempuan ke, bersedia menerima suatu musibah dan ujian yang Allah bagi kat kita. Masa masih single ni, belajar untuk berdikari. Itu yang penting. Berdiri di atas kaki sendiri.
Itulah sebab banyak kes meroyan bila the other half hilang dari hidup secara sekelip mata. Yup, bukan senang nak terima kehilangan. Bukan mudah nak melepaskan apa yang dah jadi darah daging kita begitu sahaja. Tapi kita di dunia ni hidup dengan penuh pancaroba. Bukan berasa di zone selesa setiap masa.
2 comments:
independent women dah ramai dah skang neh~
Independent ramai. Tapi ada lagi yang macam ni. Yang lagi teruk bila mempergunakan pasangan untuk mengambil kesempatan. Terutamanya yang belum berkahwin.
Post a Comment